ad
AGENDA

Anwar: 85 peratus pengguna nikmati penurunan bil elektrik

23 Jul 2025, 7:15 AM
Anwar: 85 peratus pengguna nikmati penurunan bil elektrik
Anwar: 85 peratus pengguna nikmati penurunan bil elektrik

KUALA LUMPUR, 23 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan tiada kenaikan bil elektrik kepada majoriti pengguna domestik Semenanjung Malaysia susulan penstrukturan semula tarif elektrik yang berkuat kuasa bulan ini.

Malah beliau berkata sebanyak 85 peratus pengguna domestik menikmati penurunan bil elektrik sehingga 14 peratus bagi Julai 2025 untuk penggunaan sama, berbanding enam bulan pertama tahun ini.

“Maknanya, ada penurunan sehingga 14 peratus. Tidak seperti yang jadi fitnah di luar.

“...Dan jangan umpamanya, mengandaikan kenaikan. Tidak ada kenaikan. Oleh kerana kos minyak (jana elektrik) itu menurun sekarang, walaupun tarif elektrik itu bermulai Julai 2025, bil elektrik rakyat tidak naik,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan penghargaan untuk rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi semua saluran televisyen utama serta platform media sosial, hari ini.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.