ad
AGENDA

Kerajaan tangguh kenaikan tol, tanggung kos RM500 juta

23 Jul 2025, 3:24 AM
Kerajaan tangguh kenaikan tol, tanggung kos RM500 juta

SHAH ALAM, 23 JULAI: Kerajaan bersetuju menangguhkan kenaikan harga di 10 tol supaya rakyat terus menikmati kadar yang sama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan menanggung kos lebih RM500 juta bagi meringankan beban rakyat walaupun selaras dengan perjanjian konsesi sedia ada.

“Kalau ikut unjuran kadar tol naik pada tahun ini mengikut perjanjian, ini perjanjian lama dan jangan dibebankan kita antara syarikat dengan pentadbiran kerajaan dahulu.

"Tetapi kita setuju supaya kenaikan tidak dilaksanakan kerana kerajaan akan menanggung kos lebih RM500 juta supaya tol tidak dinaik," katanya.

Beliau berkata demikian pada Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Anwar yang juga menteri kewangan di antara tol yang terlibat dalam penagguhan kenaikan tol ini adalah Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

“Selain itu, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB), dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX),” ujarnya lagi.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.