ad
BERITA UTAMA

Selangor, Indonesia bakal kerjasama tingkat kemahiran bidang penjagaan

23 Jul 2025, 3:00 AM
Selangor, Indonesia bakal kerjasama tingkat kemahiran bidang penjagaan
Selangor, Indonesia bakal kerjasama tingkat kemahiran bidang penjagaan

SHAH ALAM, 23 JULAI: Selangor akan bekerjasama dengan Indonesia bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja melalui latihan praktikal bersijil dalam bidang penjagaan.

Menurut EXCO pembangunan wanita dan kebajikan masyarakat, Indonesia selama ini menjadi pengeksport tenaga kerja tetapi tidak khusus kepada aspek penjagaan.

"Mungkin ada (latihan) kategori kilang tetapi tangkap muat untuk menjaga.

“Justeru, dengan kerjasama memberi latihan praktikal penjagaan kepada pekerja datang ke Malaysia dan beri pensijilan, kualiti mereka mungkin lebih baik,” kata Anfaal Saari.

Beliau berkata demikian ketika Program Hi-tea Sidang Kemuncak Penjagaan Antarabangsa Selangor (SICS) bersama 120 rakan strategik dan prospek perniagaan di Hotel Saujana, di sini semalam.

[caption id="attachment_419274" align="alignnone" width="842"] Pekerja dari Indonesia menjalankan tugas sebagai pembantu rumah. Foto ARKIB SELANGORKINI[/caption]

Program berkenaan bertujuan menarik lebih ramai prospek menyertai Sidang Kemuncak Penjagaan Antarabangsa Selangor (SICS) pada 9 hingga 11 Oktober ini.

Diadakan bersekali dengan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS), SICS menggabungkan pelbagai komponen seperti forum, persidangan, padanan perniagaan dan sesi libat urus.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai SICS sebagai pempamer atau peserta boleh melayari laman sesawang selangorcaresummit.com.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.