ad
EXCO

Dana RM7.1 juta baiki 226.9 kilometer jalan rosak di daerah Hulu Langat

22 Jul 2025, 12:43 PM
Dana RM7.1 juta baiki 226.9 kilometer jalan rosak di daerah Hulu Langat

SHAH ALAM, 22 JULAI: Sejumlah RM7.1 juta diperuntuk bagi membaiki kerosakan 226.9 kilometer jalan raya di daerah Hulu Langat pada tahun ini, kata EXCO infrastruktur.

Dato’ Ir Izham Hashim berkata peruntukan di bawan Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Marris) meliputi lima mukim iaitu Ampang, Bangi, Beranang, Hulu Langat dan Kajang.

“Hari ini juga sebanyak 26 kerja penyelenggaraan ditawarkan dengan keseluruhan peruntukan RM1 juta dan ini menjadikan Hulu Langat sebagai daerah tertinggi yang mengeluarkan sebut harga termasuk penerima jumlah kerja undi tertinggi di antara sembilan daerah lain di Selangor.

“Tahniah kepada 26 kontraktor yang terpilih dengan harapan dapat melaksanakan kerja dengan penuh tanggungjawab, disiplin dan menepati tempoh pelaksanaan yang ditetapkan,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, beliau merasmikan program kerja undi Jabatan Kerja Raya Hulu Langat 2025 yang turut dihadiri 239 kontraktor G1.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.