Oleh Nur Azyyati Omar
SHAH ALAM, 22 JULAI: Temasya dwitahunan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 akan diadakan pada 15 hingga 24 Ogos.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata mesyuarat sekretariat SUKMA juga memutuskan kejohanan Para SUKMA berlangung dari 5 hingga 14 September.
Jelas beliau, majlis pelancaran logo, maskot dan tema akan berlangsung pada 15 Ogos ini bersempena dengan kiraan detik setahun penganjuran kejohanan tersebut di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, di sini.
- BERITA LANJUT MENYUSUL