SHAH ALAM, 21 JULAI: Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini akan memutuskan sama ada pasangan suami isteri, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, perlu membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan mengabaikan anak mereka, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Pasangan berusia 30 tahun itu, yang merupakan ibu bapa kepada kanak-kanak autistik berkenaan, tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam sekitar jam 8.15 pagi ditemani ahli keluarga termasuk datuk Zayn, Mohd Zahari Reba.
[caption id="attachment_685917" align="aligncenter" width="693"] Kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin ditemui meninggal dunia di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember 2023. Foto Facebook Bernama[/caption]
Prosiding dijangka bermula jam 9 pagi di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh yang akan menentukan sama ada wujud prima facie bagi kes berkenaan.
Berikut kronologi kes Zayn Rayyan:
5 Disember 2023 (Selasa)
- Zayn Rayyan, 6 tahun, dilaporkan hilang oleh keluarganya dari kediaman di Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai.
- Operasi mencari dan menyelamat digerakkan oleh polis serta penduduk setempat.
6 Disember 2023 (Rabu)
- Mayat Zayn Rayyan ditemui pada jam 10 malam di sebuah anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya.
- Mayat dijumpai dalam keadaan tertiarap, lengkap berpakaian, oleh penduduk yang membantu operasi mencari.
7 Disember 2023
- Polis mengesahkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (bunuh).
- Bedah siasat menunjukkan terdapat kesan kecederaan fizikal dan unsur jenayah.
Disember 2023 – Mei 2024
- Polis meneruskan siasatan secara terperinci, termasuk menggunakan semula teknik forensik dan menyoal saksi-saksi.
[caption id="attachment_685919" align="aligncenter" width="723"] Polis menjumpai mayat Zayn Rayyan di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember 2023. Foto Facebook BERNAMA[/caption]
31 Mei 2024
- Ibu bapa Zayn, Zaim Ikhwan dan Ismanira Abdul Manaf, ditahan oleh polis untuk membantu siasatan
13 Jun 2024
- Pasangan tersebut didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan anak secara cuai.
- Kedua-duanya mengaku tidak bersalah.
- Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
21 Januari 2025
- Ibu bapa Zayn Rayyan memohon Mahkamah Tinggi Shah Alam agar dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu
[caption id="attachment_647196" align="aligncenter" width="702"] Anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memasuki kediaman Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Mattin, 6, di Apartment Idaman, Damansara Damai, bagi menjalankan siasatan pada 10 Disember 2023. Foto BERNAMA[/caption]
3 Februari 2025
- Perbicaraan kes ibu bapa Zayn Rayyan bermula di Mahkamah Sesyen
21 Julai 2025
- Mahkamah dijangka memutuskan sama ada terdapat prima facie bagi pertuduhan, sekali gus menentukan:
- Sama ada kedua-duanya akan dibebaskan, atau diperintahkan untuk membela diri.