Sze Han memaklumkan SIBS tahun ini memperkenalkan dua acara baharu iaitu Sidang Kemuncak Penjagaan Antarabangsa Selangor dan Sidang Kemuncak Aeroangkasa Selangor (SAS), yang sebelum ini dikenali sebagai Pameran Udara Selangor.
Dengan sasaran nilai transaksi mencecah RM10 bilion serta jangkaan kehadiran 50,000 pengunjung, SIBS diyakini terus memperkukuh kedudukan Selangor sebagai pintu masuk ekonomi Malaysia ke peringkat antarabangsa.
SIBS 2024 yang dianjurkan dalam dua siri pada Julai dan Oktober lalu merekodkan nilai transaksi berjumlah RM13.86 bilion, meningkat lebih dua kali ganda berbanding RM6.12 bilion pada 2023.