ad

Lemas: Tragedi yang datang bila kita cuai

24 Jul 2025, 2:29 AM
Lemas: Tragedi yang datang bila kita cuai
Lemas: Tragedi yang datang bila kita cuai
Lemas: Tragedi yang datang bila kita cuai
Lemas: Tragedi yang datang bila kita cuai

SHAH ALAM: Insiden lemas meragut kira-kira 270 nyawa setiap tahun di Malaysia, bukan sekadar angka, tetapi satu peringatan bahawa keselamatan air masih belum menjadi keutamaan masyarakat.

Setiap kali tragedi berlaku, ia sepatutnya membuka mata semua pihak, namun kesedaran terhadap risiko di kawasan air masih berada pada tahap membimbangkan.

Lemas bukan hanya berlaku ketika musim banjir atau aktiviti berenang, malah boleh terjadi dalam pelbagai situasi, termasuk semasa riadah harian.

Kes lemas boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak, orang dewasa, malah mereka yang mahir berenang.

  1. Siapa paling ramai lemas?

  • 1,359 kes lemas dari 2020–2024

  • 89% mangsa lelaki

  • Umur 20–30 tahun paling tinggi

  • Remaja juga berisiko tinggi

  • Lelaki muda suka ambil risiko

    2. Panduan ada, tapi ramai abaikan

  • Kolam wajib ada penyelamat

  • Jaket mesti dipakai betul-betul

  • Kanak-kanak main air tanpa pengawasan

  • Remaja beriadah di sungai tanpa kawalan

  • Amaran cuaca selalu diabaikan

    3. Didik tentang air sejak kecil

  • Ada Kelab Bomba Cilik (pra)

  • Bomba Junior & Kadet (sekolah)

  • Briged Bomba (universiti)

  • Bomba Komuniti di kawasan setempat

  • Capaian perlu lebih menyeluruh

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.