Pada tahun 1998, Anwar Ibrahim dijatuhkan oleh Mahathir Mohamad, mencetuskan gelombang Reformasi terbesar dalam sejarah politik Malaysia. Rakyat turun ke jalan menuntut keadilan dan reformasi institusi.
Kini, lebih 25 tahun kemudian, Mahathir pula yang memimpin gerakan "Turun Anwar", seolah-olah mahu membalas dendam politik atau menuntut semula kuasa.
Adakah ini satu lagi episod perebutan kuasa? Atau sejarah yang enggan berlalu?
