ad
AGENDA

SPR: Semakan daftar pemilih tambahan dibuka hingga 16 Ogos

20 Jul 2025, 1:05 AM
SPR: Semakan daftar pemilih tambahan dibuka hingga 16 Ogos
SPR: Semakan daftar pemilih tambahan dibuka hingga 16 Ogos

SHAH ALAM, 20 JULAI: Semakan daftar pemilih tambahan bulan Jun 2025 (DPT BLN6/2025) boleh dibuat dalam tempoh 30 hari hingga 16 Ogos, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus berkata DPT BLN6/2025 yang diwartakan pada 18 Julai mengandungi 40,510 nama warganegara berumur 18 tahun ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 Jun, yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

"Selain itu, ia mengandungi 9,836 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 3,791 orang pemilih bertukar kategori pengundi atau status," katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata SPR menyediakan lima kaedah semakan iaitu:

Khairul Shahril menyeru warganegara berumur 18 tahun ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 Jun 2025 serta mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya, kategori pengundi atau status supaya menyemak nama dalam DPT BLN6/2025.

"Sekiranya mereka mendapati nama tidak disenaraikan alam DPT BLN6/2025, mereka boleh membuat tuntutan engan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke pejabat pilihan raya negeri," katanya,

Pemilih berdaftar yang ingin membuat bantahan terhadap kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian berkenaan boleh mengisi Borang D melalui https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke pejabat pilihan raya negeri.

Borang C dan D juga boleh dimuat turun menerusi portal pejabat pilihan raya negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada pengarah pilihan raya negeri dan membuat fi bantahan.

Sebarang pertanyaan berkaitan semakan DPT BLN6/2025 boleh diaju kepada melalui portal rasmi SPR atau talian 03-88927218 atau melalui pejabat piliha raya negeri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.