Oleh Ufairah Tarmidzi
SHAH ALAM, 20 JULAI: Kehadiran lebih 30,000 pengunjung pelbagai peringkat umur menunjukkan program keagamaan dan cintakan Rasulullah SAW amat dekat dengan hati umat Islam negeri ini.
Dato' Menteri Besar berkata program Darul Ehsan Berselawat anjuran kali kelapan akan diteruskan untuk tahun berikutnya seiring dengan matlamat negeri untuk menyuburkan syiar Islam.
“Program Darul Ehsan Berselawat telah menjadi budaya dalam kehidupan rakyat Selangor dan insya-Allah program ini akan diteruskan untuk menghidupkan hati dan nurani rakyat.
[caption id="attachment_711290" align="alignnone" width="890"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan pada program Darul Ehsan Berselawat 8.0 sempena Festival Turath Islami Selangor 3.0 (FTIS 3.0) di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 19 Julai 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
"Selangor bukan sahaja mencatat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tertinggi, tetapi saya lebih bangga melihat rakyatnya cinta kepada Nabi Muhammad SAW dan majlis ilmu seperti ini,” kata Dato' Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata demikian dalam majlis yang turut dihadiri Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor Mohd Kamri Kamaruddin dan Ahli Majlis Fatwa Negeri Dato’ Dr Ayman al-Akiti di Dataran Kemerdekaan, di sini, malam tadi.
[caption id="attachment_711291" align="alignnone" width="815"] Persembahan Nasyid pada program Darul Ehsan Berselawat 8.0 sempena Festival Turath Islami Selangor 3.0 (FTIS 3.0) di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 19 Julai 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
Dalam pada itu, Amirudin turut menegaskan penganjuran program seumpama ini perlu diteruskan agar ajaran Islam dapat difahami secara menyeluruh dan diamalkan dengan penuh kesedaran.
Program Darul Ehsan Berselawat sempena Festival Turath Islami Selangor 3.0 (FTIS 3.0) diteruskan hari ini dengan Konsert Alunan Mahabbah, menampilkan kumpulan nasyid terkenal yang bakal menghidupkan pentas dengan seni Islami dan menyemai kecintaan kepada Rasulullah SAW.