ad
AGENDA

Warga emas maut digilis kenderaan ketika lintas jalan

19 Jul 2025, 10:47 AM
Warga emas maut digilis kenderaan ketika lintas jalan

TAMPIN, 19 JULAI: Seorang pejalan kaki warga emas maut dipercayai digilis beberapa kenderaan di Jalan Gemas-Tampin berhampiran CK Timber Hardware Industrial, Gemas di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata dalam kejadian 6.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang lelaki berusia 65 tahun sedang melintas jalan.

“Polis menerima maklumat pada 7.15 pagi tadi dan siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dilanggar sebuah kenderaan tidak dikenal pasti ketika melintas jalan.

“Hasil siasatan lanjut, sebuah lagi kenderaan dipercayai turut melanggar mangsa yang berada di tengah jalan selepas kemalangan pertama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian mangsa memakai pakaian berwarna gelap dan lokasi kejadian juga tidak mempunyai lampu jalan.

Mayat lelaki itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

-- BERNAMA

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.