SUBANG JAYA, 19 JULAI: Karnival Bling-Bling yang menghimpun lebih 60 peniaga di The Mines, dekat sini mampu membantu usahawan tempatan memperkenalkan produk masing-masing.
Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata usaha dijalankan oleh Ahli Dewan Negeri Seri Kembangan Wong Siew Ki itu juga sekali gus dapat mempromosikan keunikan kawasan terbabit.
“Saya percaya ini sebahagian cita-cita untuk semua dapat menunjukkan kreativiti masing-masing. Harap karnival ini membantu pembangunan masyarakat serta ekonomi rakyat.
[caption id="attachment_711137" align="aligncenter" width="713"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (lima, kanan) merasmikan Karnival Bling Bling di The Mines, Seri Kembangan, Subang Jaya pada 19 Julai 2025. Hadir sama ADN Seri Kembangan Wong Siew Ki (enam, kiri). Foto AHMAD ZAKK JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Pentadbiran memang mencari keunikan setiap kawasan kerana bukan semua lokaliti mempunyai keistimewaan sama,” katanya berucap di karnival berkenaan.
Sementara itu, Siew Ki berkata karnival julung kali yang berlangsung hari ini dan esok itu turut merangkumi pameran, persembahan pertandingan yang berkaitan dengan Seri Kembangan.
Katanya penganjuran karnival juga merupakan langkah pihaknya dalam membantu mempromosikan Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS 2025)
[caption id="attachment_711138" align="aligncenter" width="709"] Vivien menunjukkan produknya yang dijual dalam Karnival Bling Bling di The Mines, Seri Kembangan, Subang Jaya pada 19 Julai 2025. Foto AHMAD ZAKK JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Tanggungjawab memastikan TMS 2025 berjaya bukan diserahkan kepada agensi semata-mata tetapi wakil rakyat juga perlu bekerjasama merealisasikannya,” katanya.
Sempena TMS tahun ini, Kerajaan Negeri menyasarkan kehadiran lapan juta pengunjung ke Selangor dengan catatan transaksi RM11.7 bilion.
TMS 2025 disasar menawarkan lebih 100 program dan acara dengan promosinya memberi penekanan khusus kepada beberapa segmen termasuk ekopelancongan, agro, seni dan budaya.
[caption id="attachment_711139" align="aligncenter" width="752"] Orang ramai hadir ke Karnival Bling Bling di The Mines, Seri Kembangan, Subang Jaya pada 19 Julai 2025. Foto AHMAD ZAKK JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]