ad
AGENDA

Lelaki warga emas maut tertembak diri di dusun durian

17 Jul 2025, 9:18 AM
Lelaki warga emas maut tertembak diri di dusun durian

JELEBU, 17 JULAI: Lelaki warga emas maut dipercayai tertembak diri sendiri dalam kejadian di sebuah dusun durian miliknya di Kuala Klawang, semalam.

Sumber berkata, mangsa sebelum itu pergi ke dusun duriannya jam 5 petang namun tidak pulang ke rumah.

Katanya, kebiasaan warga emas berkenaan pulang ke rumah sebelum 7 malam, namun sehingga jam 9 malam, kelibatnya tidak muncul di rumah.

"Isteri yang curiga itu kemudian memaklumkan kepada adik iparnya sebelum dia keluar mencarinya di dusun berkenaan.

"Mangsa ditemukan terbaring tidak bernyawa di atas tanah dengan kesan tembakan pada bahagian dada," katanya lapor Berita Harian

Sumber berkata, adik mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kematian abangnya itu.

Katanya, mangsa dipercayai mahu menakutkan pencuri yang masuk ke dusunnya, namun tertembak diri sendiri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jelebu, Superintendan Azizan Said, berkata polis masih menyiasat kejadian berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.