ad
AGENSI

Kad Bingkas kini diterima di semua lokasi Jualan Ehsan Rahmah, Ehsan Mart

17 Jul 2025, 8:48 AM
Kad Bingkas kini diterima di semua lokasi Jualan Ehsan Rahmah, Ehsan Mart

SHAH ALAM, 17 JULAI: Kad Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) kini boleh digunakan di semua lokasi Jualan Ehsan Rahmah Madani dan cawangan Ehsan Mart seluruh Selangor.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan orang ramai yang ingin membeli menggunakan kad Bingkas diminta membawa kad pengenalan bagi tujuan pendaftaran dan pengesahan.

"Bayar secara mudah di Jualan Ehsan Rahmah Madani menggunakan kad Bingkas bermula Sabtu ini, pastinya jimat, cepat dan mesra rakyat!" katanya di Facebook.

Bingkas merupakan satu daripada 46 skim terkandung dalam Iltizam Selangor Penyayang, yang menawarkan bantuan bulanan RM300 selama dua tahun.

Inisiatif tersebut khusus untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah dengan peruntukan RM108 juta.

Untuk mengetahui jadual lokasi Jualan Ehsan Rahmah Madani, orang ramai boleh melayari pautan linktr.ee/myPKPS.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.