ad
AGENDA

Wakil syarikat pembaikan kapal rugi RM117,000 ditipu tender palsu beteri kapal

17 Jul 2025, 6:21 AM
Wakil syarikat pembaikan kapal rugi RM117,000 ditipu tender palsu beteri kapal

KUCHING, 17 JULAI: Seorang wakil syarikat pembaikan kapal di Miri mengalami kerugian RM117,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan membabitkan tawaran tender palsu membekalkan bateri kapal kepada sebuah syarikat perkapalan di Johor.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Isnin selepas mangsa lelaki berusia dalam lingkungan 30-an menyedari dirinya telah ditipu.

"Mangsa menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai 'Balan' menggunakan nombor telefon 019-2768381 yang menawarkan peluang untuk syarikat mangsa menjadi pembekal bateri kapal.

"Tanpa menyedari helah itu, mangsa telah membuat empat transaksi pemindahan wang berjumlah RM117,000 ke dalam akaun yang diarahkan suspek kononnya bagi urusan pembelian bateri," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Farhan berkata mangsa hanya menyedari ditipu apabila syarikat perkapalan yang dimaksudkan memaklumkan bahawa mereka tidak pernah membuat sebarang tempahan daripada syarikat mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun, sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.