SHAH ALAM, 17 JULAI: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan keperluan harian pada harga rendah menerusi Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang akan berlangsung di lima lokasi terpilih bermula pagi esok.
Program jualan murah itu menawarkan pelbagai barangan asas dengan potongan harga ketara berbanding pasaran, bertujuan meringankan beban pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Antara barangan yang ditawarkan pada harga istimewa termasuk:
Ayam seekor – RM10
Daging pejal (pek) – RM10
Telur sepapan – RM8
Ikan kembung (pek) – RM6
Minyak masak dua kilogram – RM10
Beras lima kilogram – RM12
Selain itu, pengguna turut boleh mendapatkan barangan lain pada harga lebih rendah berbanding biasa seperti:
Tepung – RM2
Sardin dalam tin – RM5.50
Bihun – RM2.50
Biskut jagung – RM3
Sabun pencuci baju – RM14
Lampin pakai buang bayi – RM10
Berikut lokasi JER pada Khamis:
Belanjawan Selangor 2025 memperuntuk RM30 juta bagi pelaksanaan JER. Pentadbiran negeri turut menyasarkan pembukaan 10 premis Ehsan Mart menjelang akhir tahun ini. Cawangan pasar raya tersebut telah beroperasi di Sungai Tua, Pandan Indah dan bakal dibuka di Hulu Kelang.
Pasar raya kendalian PKPS itu menawarkan barangan asas pada harga 10 hingga 15 peratus lebih rendah daripada pasaran. Ehsan Mart yang diwujudkan sebagai penambahbaikan program JER turut menyasarkan pembukaan di 56 kawasan DUN menjelang 2027.
Selain itu, PKPS dengan kerjasama Segi Fresh menyasarkan pembukaan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh. Pasar raya pertama telah dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.
Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.