ad
AGENSI

Media Selangor antara enam rakan strategik baharu PLATS, perkukuh keusahawanan digital

16 Jul 2025, 10:30 AM
Media Selangor antara enam rakan strategik baharu PLATS, perkukuh keusahawanan digital
Media Selangor antara enam rakan strategik baharu PLATS, perkukuh keusahawanan digital
Media Selangor antara enam rakan strategik baharu PLATS, perkukuh keusahawanan digital
Media Selangor antara enam rakan strategik baharu PLATS, perkukuh keusahawanan digital

SHAH ALAM, 16 JUL: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI melalui inisiatif Platform Selangor (PLATS) memperkenalkan enam rakan strategik baharu dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan digital.

Enam agensi berkenaan ialah Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), Perbadanan Nasional Berhad (Pernas), Mynic Berhad, Pusat Pembangunan Kemahiran dan Teknikal Selangor (STDC), SIRIM Berhad dan Red Giant Creative House Sdn Bhd.

Semua agensi terbabit menerima plak kerjasama daripada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari Majlis Jalinan Sinergi dan Apresiasi Rakan Strategik PLATS 2025 di foyer bangunan pentadbiran negeri di sini semalam.

[caption id="attachment_710543" align="aligncenter" width="812"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan plak kepada Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor Sdn Bhd (MSSB) Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree sempena Majlis Jalinan Sinergi dan Apresiasi Rakan Strategik Platform Selangor di Foyer Bangunan SUK, Shah Alam pada 15 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pada majlis sama, empat rakan strategik sedia ada turut diraikan atas sumbangan berterusan dalam membimbing usahawan PLATS iaitu Selangor Youth Community (SAY), Halal International Selangor (HIS), Yayasan Hijrah Selangor dan Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank).

Selain itu, 12 pihak berkuasa tempatan melalui Pegawai Perhubungan Usahawan (PPU) turut menerima sijil penghargaan sebagai pengiktirafan di atas peranan aktif mereka dalam menyokong pelaksanaan PLATS sebagai platform digital rakyat.

[caption id="attachment_710511" align="aligncenter" width="774"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat reruai pameran Pusat Pembangunan Kemahiran dan Teknikal Selangor (STDC) ketika majlis Jalinan Sinergi dan Apresiasi Rakan Strategik Platform Selangor di Foyer SUK, Shah Alam pada 15 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mula diperkenal pada Ramadan 2020, PLATS bertujuan melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor dan setahun kemudian, PLATS 2.0 dilancar bagi membantu peniaga menjana pendapatan sepanjang masa.

Platform maya siri 3.0 itu diteruskan pada April 2022 melibatkan kerjasama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Rakan Digital Selangor (RDS).

[caption id="attachment_681454" align="aligncenter" width="769"] Duta Platform Selangor (PLATS) mempromosi insentif ditawarkan kepada peniaga ketika Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 24 Februari 2024. Foto ZAREEF MUZAMMIL/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.