ad
BERITA UTAMA

EXCO: 10 usahawan tani daftar Ikon Agro Selangor, tarikh tutup 20 Julai

16 Jul 2025, 9:15 AM
EXCO: 10 usahawan tani daftar Ikon Agro Selangor, tarikh tutup 20 Julai
EXCO: 10 usahawan tani daftar Ikon Agro Selangor, tarikh tutup 20 Julai

SHAH ALAM, 16 JULAI: Seramai 10 usahawan tani berdaftar bagi menyertai program pencarian Ikon Agro Selangor yang dibuka sejak 1 Julai lalu, kata EXCO pertanian.

Sehubungan itu, Dato’ Ir Izham Hashim mempelawa semua usahawan tani segera berdaftar dalam program tersebut yang permohonannya ditutup 20 Julai ini.

“Pencarian ikon agro kini kembali dan semua warga tani negeri dipelawa sertai program yang dilaksana sejak 2020.

“Pencarian Ikon Agro Selangor 2025 akan digabungkan dengan Ikon Agro Selangor 2024. Untuk tahun lalu, kita terima 30 permohonan dan mereka tidak perlu memohonnya lagi manakala bagi tahun ini 10 penyertaan diterima.

[caption id="attachment_710685" align="aligncenter" width="1096"] EXCO Infrastruktur dan Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim Ketika ditemui di Bangunan SUK, Shah Alam pada 16 Julai 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Dengan adanya program ini kita harap dapat beri dorongan selain ia apresiasi kepada kejayaan warga tani dalam bidang pertanian,” katanya kepada Media Selangor.

Program Ikon Agro Selangor yang dianjurkan sejak 2020 mempertandingkan lima kategori iaitu pertanian, penternakan, akuakultur, industri asas tani dan agropelancongan.

Calon usahawan agro yang menepati kriteria akan dipilih menjadi Ikon Agro Selangor 2024/2025 dan memenangi hadiah wang tunai serta bantuan input pertanian dengan jumlah keseluruhan bernilai RM10,000 seorang.

Ikon Agro Selangor dipantau dan diaudit oleh Jawatankuasa Pertanian Negeri Selangor selama dua tahun.

Warga tani berminat boleh mengisi borang permohonan di pautan https://agroselangor.com/web/forms-ikon2025.php.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.