ad
AGENDA

Bomba keluarkan warga emas meninggal dunia dalam rumah berkunci

16 Jul 2025, 1:23 AM
Bomba keluarkan warga emas meninggal dunia dalam rumah berkunci

SHAH ALAM, 16 JULAI: Lelaki warga emas berusia 79 tahun ditemukan meninggal dunia di ruang tamu rumahnya yang berkunci di Hong Seng Estate, Mount Erskine, Tanjung Tokong, di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, John Sagun Francis berkata pihaknya terima maklumat jam 11.58 malam, lapor Berita Harian.

"Pasukan penyelamat terdahulu menerima panggilan berhubung pintu rumah terkunci dan terdapat mangsa yang terperangkap.

"Anggota membuka pintu dengan menggunakan peralatan khas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut John Sagun, sebaik pintu dibuka, seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi.

"Mayat mangsa dibawa ke hospital dan kes diserah kepada polis," katanya.

ifahamkan, warga emas itu Lim Ban Heng, 79, tinggal sendirian di rumah berkenaan dan anaknya akan pulang menjenguk bapanya itu setiap dua hari sekali.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.