ad
AGENDA

Polis selesai siasat kes Shila Amzah, tunggu arahan pendakwa raya

15 Jul 2025, 4:58 AM
Polis selesai siasat kes Shila Amzah, tunggu arahan pendakwa raya

SHAH ALAM, 15 JULAI: Kertas siasatan berhubung dakwaan penyanyi Shila Amzah diserang secara verbal oleh seorang penyanyi legenda dijangka dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, setakat ini empat keterangan telah direkodkan termasuk daripada pengadu, lapor Berita Harian.

“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan dijangka akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya Negeri Kuala Lumpur, hari ini,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak polis akan menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwa raya sebaik sahaja kertas siasatan diserahkan.

Kes tersebut mencuri perhatian orang ramai selepas Shila Amzah memuat naik hantaran di media sosial yang mendakwa dirinya 'diserang' secara lisan oleh seorang penyanyi senior semasa sesi latihan konsert.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.