SHAH ALAM, 15 JULAI: Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam hujung minggu lalu berjaya menarik penyertaan lebih 8,000 peserta.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi Facebook memaklumkan acara utama program itu ialah MBSB Batik Fun Run, Rakan Muda Kaler Fun Run, serta penyertaan istimewa daripada Persatuan Orang Kurang Upaya (OKU), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
[caption id="attachment_710443" align="aligncenter" width="675"] Sekitar program pelesapan peserta larian pada program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan yang telah diadakan pada 13 Julai 2025 (Ahad) bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Foto Facebook MBSA[/caption]
"Pelbagai aktiviti diadakan termasuk senamrobik, Bazar Belia Shah Alam, aktiviti kraf oleh Galeri Shah Alam, Perpustakaan Bergerak, aktiviti kraf di Perpustakaan Anggerik Vanilla dan perkhidmatan Shah Alam on Wheels (SAOW)," katanya.
Menurut pihak berkuasa tempatan itu lagi, majlis pelepasan program disempurnakan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim.
[caption id="attachment_710444" align="aligncenter" width="702"] Seorang kanak-kanak merasa pengalaman sebagai anggota bomba. Foto Facebook MBSA[/caption]
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Strategi Kumpulan MBSB, Dato’ Azlan Shahrim, barisan Ahli Majlis serta Pengarah Pembangunan Komuniti MBSA, Shahrin Ahmad.
Program ini merupakan antara usaha MBSA untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan mengurangkan penggunaan kenderaan di bandar.
[caption id="attachment_710442" align="aligncenter" width="678"] Suasana program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan yang telah diadakan pada 13 Julai 2025 (Ahad) bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Foto Facebook MBSA[/caption]