ad
AGENDA

PM akan umum penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia

14 Jul 2025, 3:32 PM
PM akan umum penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi bayangan akan mengumumkan suatu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia dalam masa terdekat.

Walaupun tidak menjelaskan lebih lanjut namun poster yang bertulis ‘AKAN DATANG’ dikongsikan Anwar menerusi Facebooknya itu pantas mendapat perhatian netizen.

“Suatu Penghargaan Luar Biasa Untuk Rakyat Malaysia. Bersama Malaysiaku,” tertera dalam poster berkenaan.

Anwar berkongsi poster tersebut dengan kapsyen “Nantikan...”.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.