ad
PBT

Kakitangan agensi kerajaan rasai pengalaman berakit redah jeram di Hulu Selangor

14 Jul 2025, 6:46 AM
Kakitangan agensi kerajaan rasai pengalaman berakit redah jeram di Hulu Selangor
Kakitangan agensi kerajaan rasai pengalaman berakit redah jeram di Hulu Selangor

SHAH ALAM, 14 JULAI: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dengan kerjasama RTM dan Media Selangor Sdn Bhd menganjurkan aktivtiti rakit redah jeram bagi mempromosi Tahun Mekawat Selangor (TMS) 2025.

MPHS memaklumkan program melibatkan 52 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan merupakan usaha memperkukuh imej Hulu Selangor sebagai hab sukan lasak bertaraf antarabangsa dan ekopelancongan.

“Program ini juga memberi pendedahan secara langsung kepada agensi kerajaan berkaitan terhadap potensi pelancongan sukan lasak di daerah ini, khususnya aktiviti whitewater rafting yang semakin mendapat sambutan.

“MPHS juga dengan rasminya menggeluarkan tujuh lesen rasmi kepada operator white water rafting dan satu operator paragliding bagi sukan lasak daerah Hulu Selangor untuk tujuan membuka jalan ke arah pelancongan yang selamat dan mampan,” maklumnya di Facebook.

[caption id="attachment_710345" align="alignnone" width="968"] Peserta mendengar taklimat sebelum memulakan aktiviti rakit redah jeram di Hulu Selangor pada 13 Julai 2025. Foto Facebook MPHS[/caption]

MPHS menambah pihaknya komited untuk terus menyokong agenda pembangunan ekopelancongan melalui kerjasama strategik bersama pelbagai pihak.

“Program ini merupakan antara inisiatif permulaan yang akan diteruskan secara berperingkat pada masa akan datang,” ujarnya lagi.

Antara agensi terlibat ialah Lembaga Urus Air Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor, bomba, Jabatan Perhutanan, Perhilitan, Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Pengairan dan Saliran.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.