ad
BERITA UTAMA

Laksana projek 20 projek strategik, MBSA PBT pertama diiktiraf MPC

14 Jul 2025, 2:00 AM
Laksana projek 20 projek strategik, MBSA PBT pertama diiktiraf MPC
Laksana projek 20 projek strategik, MBSA PBT pertama diiktiraf MPC

SHAH ALAM, 14 JULAI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama memperoleh Pensijilan Persekitaran Berkualiti (QE) 5.0 daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Datuk Bandarnya Dato' Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata pencapaian itu hasil kejayaan MBSA melaksanakan 20 projek strategik dengan nilai inisiatif hampir RM20 juta.

“MPC memberi kepercayaan kepada MBSA yang mampu menjadi contoh dalam pelaksanaan inovasi sektor awam yang dapat diperluas ke seluruh kawasan di bawah pentadbiran sebagai persediaan menghadapi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

“Pelaksanaan projek yang diiktiraf melibatkan usaha pendigitalan proses, penjimatan kos dan peningkatan kepuasan pelanggan,” katanya kepada Media Selangor.

[caption id="attachment_710294" align="alignnone" width="787"] Timbalan Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Mokhzani Aris Mohd Yusoff menyampaikan sijil Persekitaran Berkualiti (QE) 5.0 kepada Datuk Bandar Shah Alam Dato' Mohd Fauzi Mohd Yatim pada 26 Jun 2025. Foto MBSA[/caption]

Jelas Fauzi lagi, pencapaian tersebut merupakan bimbingan, dorongan dan pendekatan strategik yang membantu MBSA menjadi organisasi perbandaran lebih moden dan efisien serta lestari.

“Pencapaian ini akan menjadi pemangkin kepada pembudayaan kecemerlangan yang berterusan dalam perkhidmatan awam tempatan.

“MBSA akan terus komited bagi memastikan kejayaan ini tidak hanya sementara tetapi menjadi asas dalam membina Shah Alam sebagai bandar raya mampan dan pintar untuk generasi akan datang,” ujarnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.