ad
ADN

Pemulihan Pasar Jalan Othman lengkap kemudahan moden, jamin keselesaan

13 Jul 2025, 4:00 AM
Pemulihan Pasar Jalan Othman lengkap kemudahan moden, jamin keselesaan
Pemulihan Pasar Jalan Othman lengkap kemudahan moden, jamin keselesaan
Pemulihan Pasar Jalan Othman lengkap kemudahan moden, jamin keselesaan
Pemulihan Pasar Jalan Othman lengkap kemudahan moden, jamin keselesaan

SHAH ALAM, 13 JULAI: Pemulihan Kompleks Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya wajar dilaksana melalui pembinaan semula dengan kemudahan moden dan reka bentuk baharu yang lebih tersusun.

Wakil rakyat Bukit Gasing R Rajiv berkata usaha tersebut bagi memastikan keselesaan serta kemudahan optimum kepada peniaga dan pengunjung pasar yang sudah berusia lebih 30 tahun itu.

“Cadangan saya kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memang ada keperluan dan telah sampai masa pasar tersebut dibina semula sebab keadaan dan strukturnya memang susah nak tambah baik (baik pulih) sebab memang bangunan yang lama.

[caption id="attachment_709729" align="alignleft" width="345"] Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran[/caption]

“Perlu satu bangunan lebih moden dan memang perkara ini telah dibincangkan sejak lebih 10 tahun lalu. Mungkin dulu peniaga belum bersedia sebab bila ada pembinaan semula ini melibatkan sedikit perpindahan lokasi tapi sekarang saya rasa semua pihak pun bersetuju,” katanya kepada Media Selangor.

Menurutnya, dengan pembinaan semula kemudahan itu, fasiliti lebih lengkap dan seiring keperluan semasa pengunjung serta peniaga ia akan memberi manfaat besar kepada semua pihak.

“Bila ada pembinaan semula, sudah pasti kemudahan akan ditambah baik. Sekarang tempat letak kereta isunya di atas, tetapi tiada lif. Kebanyakan warga emas mungkin sukarkan pergerakan mereka.

“Setiap pembinaan baharu pasti ada kelebihan dan kemudahan lebih lengkap berbanding sebelumnya. Jadi ini satu projek pemodenan untuk Petaling Jaya,” katanya.

[caption id="attachment_709984" align="alignnone" width="804"] Lukisan mural di Pasar Besar Jalan Othman, Petaling Jaya pada 5 Julai 2025. Foto HANAFI MOHAMED/MEDIASELANGOR[/caption]

Rajiv turut menyambut baik cadangan pemulihan Kompleks Pasar Jalan Othman berkonsepkan ekosistem pelbagai guna berteras penyatuan komuniti seperti dicadangkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung.

Namun, beliau senada dengan peniaga dan pengunjung ditemu bual Media Selangor sebelum ini, yang mahu perkara itu seiring penambahbaikan kemudahan asas, khususnya penyediaan tempat parkir yang mencukupi agar pertambahan pengunjung kelak, selari keselesaan dan keperluan pengunjung dan peniaga.

“Kalau ada kemampuan kewangan nak tambah sukan atau busking (kesenian) saya tiada halangan tapi fokus saya pasar itu dibuat dengan betul dan lengkap.

“Keutamaan adalah satu pasar moden yang selesa untuk peniaga dan pelanggan, itu keutamaan,” katanya.

[caption id="attachment_159327" align="alignleft" width="349"] Lee Chean Chung[/caption]

Sebelum ini, Chean Chung memberitahu Pelan Pemulihan itu akan dilaksanakan secara berfasa menerusi pendekatan berasaskan komuniti dalam usaha memastikan pembangunan kawasan bersejarah itu kekal inklusif, tersusun dan mampan.

Katanya, inisiatif itu dirangka susulan sesi libat urus bersama wakil peniaga pada April lalu dan sesi meja bulat minggu lepas yang menghimpunkan lebih 30 peserta pelbagai latar belakang dengan pelbagai cadangan dikemukakan termasuk memperkenal ruang serba guna, galeri pameran komuniti, bengkel seni serta ruang kolaborasi antara institusi pendidikan dan penduduk tempatan.

Selain itu, katanya konsep ekosistem pelbagai guna yang menyatukan elemen tradisional dan kontemporari mampu menarik pengunjung pelbagai lapisan, di samping memastikan kelestarian pasar jangka panjang.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.