ad
AGENDA

Rujuk Jabatan Mufti jika musykil tentang anjur program motivasi

13 Jul 2025, 1:39 AM
Rujuk Jabatan Mufti jika musykil tentang anjur program motivasi

KUANTAN, 13 JULAI: Umat Islam disaran merujuk Jabatan Mufti untuk mendapatkan nasihat yang tepat berhubung sebarang kemusykilan termasuk aktiviti yang menggunakan nama motivasi, pembangunan diri dan spiritual.

Mufti Pahang Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata umat Islam juga diingatkan agar berhati-hati terhadap program yang menggunakan unsur metafizik dalam silibusnya yang tidak berasaskan ajaran Islam yang sahih.

Dalam hal ini, beliau memaklumkan Sufisme Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berteraskan al-Quran, al-Sunnah dan turath ulama muktabar ialah jalan sebenar dalam memenuhi keperluan kerohanian umat Islam.

“Pendekatan psikospiritual dalam tasawuf yang melibatkan amalan seperti tazkiyah al-nafs, zikir, muraqabah, serta pengenalan terhadap maqam-maqam kerohanian, adalah alternatif yang seimbang dan sah untuk menangani kekosongan jiwa manusia moden.

“la tidak hanya menjaga akidah tetapi juga mendidik jiwa agar kembali kepada Allah SWT dengan penuh adab dan rasa kehambaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.