Oleh Suhaila Shahrul Annuar
SUBANG JAYA, 12 JULAI: Jumlah pelancong dari Jepun ke Selangor meningkat kepada 132,526 pelawat tahun lalu, menjadikannya antara penyumbang utama pelancong asing ke negeri ini.
EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim berkata angka itu menunjukkan peningkatan 20.5 peratus berbanding 110,018 pelawat pada 2023.
[caption id="attachment_710145" align="aligncenter" width="715"] EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim berucap ketika merasmikan Festival Bon Odori Ke-49 di Sunway Pinnacle, Subang Jaya pada 12 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Kami percaya dengan jalinan hubungan dua hala yang terus kukuh antara Selangor dan Jepun, trend peningkatan ini akan terus berkembang pada tahun-tahun mendatang,” katanya.
Beliau berucap ketika merasmikan Festival Bon Odori 2025 edisi ke-49 di Sunway City, yang turut dihadiri Duta Besar Jepun ke Malaysia, Shikata Noriyuki.
[caption id="attachment_710146" align="aligncenter" width="832"] EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim (tengah) merasmikan sambutan Festival Bon Odori Ke-49 di Sunway Pinnacle, Subang Jaya pada 12 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
Menurut Suee Lim, Selangor giat mempromosikan pelbagai destinasi pelancongan melalui penyertaan dalam ekspo antarabangsa termasuk di Jepun.
“Saya yakin dengan pelbagai promosi dan program, sasaran mencapai lapan juta pelancong ke Selangor dengan resit perbelanjaan RM11.4 bilion akan dapat dicapai,” katanya.
Terdahulu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut hadir memeriahkan festival musim panas Jepun itu yang berlangsung meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat.
[caption id="attachment_710137" align="aligncenter" width="742"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut sama memeriahkan sambutan Festival Bon Odori Ke-49 di Sunway Pinnacle, Subang Jaya pada 12 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
Berlangsung selama dua hari di parkir terbuka Sunway City, acara bermula jam 4 petang hingga 11 malam. Orang ramai mula beratur seawal 3 petang, rata-rata mengenakan pakaian tradisional Jepun seperti kimono, yukata dan hakama.
Festival itu turut menampilkan lebih 100 gerai menjual makanan Jepun seperti sushi, mi ramen, daging panggang dan gyoza, selain barangan kraf tangan dan cenderamata unik yang menjadi tarikan utama pengunjung.
[caption id="attachment_710134" align="aligncenter" width="739"] Pengunjung menari ketika sambutan Festival Bon Odori Ke-49 di Sunway Pinnacle, Subang Jaya pada 12 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_710138" align="aligncenter" width="716"] Orang ramai meraikan sambutan Festival Bon Odori Ke-49 di Sunway Pinnacle, Subang Jaya pada 12 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]