ad
AGENSI

Ilmu dan khazanah Islam tarik belia ke festival turath, bazar serikan acara

12 Jul 2025, 12:00 PM
Ilmu dan khazanah Islam tarik belia ke festival turath, bazar serikan acara
Ilmu dan khazanah Islam tarik belia ke festival turath, bazar serikan acara
Ilmu dan khazanah Islam tarik belia ke festival turath, bazar serikan acara
Ilmu dan khazanah Islam tarik belia ke festival turath, bazar serikan acara
Ilmu dan khazanah Islam tarik belia ke festival turath, bazar serikan acara
Ilmu dan khazanah Islam tarik belia ke festival turath, bazar serikan acara

SHAH ALAM, 12 JUL: Minat mendalam terhadap ilmu agama mendorong seorang remaja mengorbankan cuti hujung minggu dan bermalam di masjid demi menyertai Festival Turath Islami Selangor (FTIS) 3.0.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist ACS Klang, Fakhrullah Lokman, 15, memohon cuti khas daripada pihak sekolah untuk mengikuti keseluruhan program di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hingga 20 Julai.

[caption id="attachment_710110" align="aligncenter" width="762"] Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist ACS Klang, Fakhrullah Lokman, 15,[/caption]

“Ini kali kedua saya datang. Saya minat bertalaqi dengan para syeikh yang datang dari jauh. Mereka menyampaikan ilmu yang amat bermanfaat. Saya minat dengan ilmu agama sejak kecil dan dapat dorongan ibu ayah.

“Semoga program ini diteruskan pada tahun-tahun berikut dan ditambah baik. Selama seminggu ini saya akan berada di masjid untuk mengikuti pengajian bersama para syeikh,” katanya kepada Media Selangor.

Sementara itu, tenaga pengajar di Madrasah Darussalam, Narathiwat, Thailand, Muhammad Al Abror Adam, 26, memuji penganjuran FTIS yang menghimpunkan 18 tokoh agama dan ulama terkemuka dari seluruh Nusantara.

Katanya, beliau bersama rombongan seramai 40 orang dari selatan Thailand berasa bertuah kerana berpeluang hadir ke FTIS buat kali pertama.

[caption id="attachment_710103" align="aligncenter" width="815"] Tenaga pengajar Madrah Darussalam,Narathiwat, Thailand
Muhammad Al Abror Adam, 26[/caption]

“Tiada program seperti ini di Thailand dan di Selangor jemput ulama-ulama hebat. Saya berasa gembira, semalam kami datang menempuh perjalanan tujuh hingga lapan jam bersama pelajar, kami hadir ke sini dengan ikhlas,” katanya.

Selain pengajian kitab turath, festival turut disemarakkan dengan Bazaar Turath di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam yang menawarkan pelbagai barangan berkonsepkan warisan dan budaya Islam termasuk produk tempatan.

Wakil An Nur Marketing and Trading Idris Ibrahim berkata pihaknya membawa pelbagai jenis madu asli dari Jerantut, Pahang serta makanan sunnah yang sesuai diamalkan untuk kesihatan harian.

[caption id="attachment_710102" align="aligncenter" width="712"] Eksekutif Jualan An Nur Marketing and Training, Idris Ibrahim[/caption]

“Kita ada tiga jenis madu yang kita bawakan dari pusat pengumpulan madu di Jerantut, Pahang. Semua madu ini mempunyai khasiat tersendiri dan rasanya juga berbeza,” katanya.

Turut menarik perhatian pengunjung ialah pengalaman visual maya yang ditawarkan syarikat Light Art VR menerusi paparan pelbagai kisah agung Islam.

[caption id="attachment_710101" align="aligncenter" width="814"] Kakitangan Light Art VR, Syamil Mohd Zulkifli[/caption]

Menurut kakitangannya Syamil Mohd Zulkifli, pengunjung boleh menyaksikan peristiwa hijrah Rasulullah SAW, israk dan mikraj, suasana alam semesta dari angkasa serta pengalaman berada di Tanah Suci Mekah dalam bentuk visual realiti maya berdurasi lapan hingga 11 minit.

“Kita bawa pengunjung ke pengalaman berbeza dan merasai sendiri pengalaman seperti hidup pada waktu itu. Masa yang diberikan adalah antara lapan hingga 11 minit dan kita ada dua pakej yang boleh dipilih,” katanya.

[caption id="attachment_710025" align="aligncenter" width="809"] Perkongsian ilmu oleh Prof Emeritus Dr. Syeikh Abdul Fattah Al-Awari di Festival Turath Islami Selangor 3.0 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam Selangor pada 12 Julai 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

FTIS 3.0 memberi tumpuan kepada pengajian Kitab Dalail al-Khairat yang menghimpunkan selawat dan doa indah buat Nabi Muhammad SAW, selain dua lagi kitab turath iaitu Pengantar Ilmu Tafsir dan Tafsir Al-Jalalain: Surah-surah Pilihan, karya ulama tersohor Jalaluddin al-Mahalli dan Jalaluddin as-Suyuti.

Festival turut diserikan dengan pameran lebih 10 manuskrip asal kitab turath berusia lebih 100 tahun di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor, menjadikannya platform bersepadu dalam memartabatkan ilmu, budaya dan warisan Islam.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.