ad
AGENDA

Jangan terpengaruh dakwaan kerajaan tidak buat apa-apa untuk Terengganu

12 Jul 2025, 7:20 AM
Jangan terpengaruh dakwaan kerajaan tidak buat apa-apa untuk Terengganu

KUALA TERENGGANU, 12 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat negeri Terengganu agar tidak terus terpengaruh dengan dakwaan tidak berasas, kononnya Kerajaan Persekutuan tidak melakukan apa-apa pembangunan untuk kesejahteraan mereka.

Beliau berkata hakikatnya, sebanyak 445 program dan projek dengan peruntukan mencecah RM1.836 bilion telah diluluskan di Terengganu di bawah Program/Projek Pembangunan Rancangan Boleh Pinda Kelima (RP5) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Beliau berkata ini merupakan peningkatan sebanyak RM239 juta berbanding tahun lepas, sekali gus menepis dakyah sesetengah pihak yang mengatakan tiada apa-apa pembangunan yang sedang dilakukan untuk negeri itu.

“..yang ini saya umumkan projek yang sedang berjalan atau mula berjalan. Kadang-kadang memang lambat (sebab perlu ambil kira) soal (pengambilan) tanah, kajian (impak) dan kesesuaian, tetapi (projek) yang diluluskan ialah RM1.836 bilion.

“Jadi kalau ada orang ceramah di mana-mana kampung, kata tidak ada projek, tolong jelaskan peruntukan yang telah dilulus RM1.836 bilion,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Terengganu, di pekarangan Pasar Kedai Payang, di sini hari ini.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.