SHAH ALAM, 12 JULAI: Karnival Usahawan PKNS (KUP) yang berlangsung semalam hingga esok di Kompleks PKNS dekat sini, menyasarkan nilai transaksi jualan sehingga RM200,000.
EXCO pembangunan usahawan berkata jumlah itu diyakini tercapai susulan sambutan memberangsangkan pada penganjuran berkenaan, yang melibatkan penyertaan lebih 120 usahawan termasuk pelajar sekolah.
“Setakat semalam nilai transaksi jualan sudah melebihi RM62,000 dan kita sasarkan boleh cecah RM200,000 selama tiga hari ini. Usahawan menjual pelbagai produk termasuk makanan, pakaian dan keperluan lain.
“Karnival ini menjadi platform untuk usahawan tempatan mengembangkan produk dan melonjakkan potensi ke pasaran global. Ada antara usahawan kita sudah berjaya buktikannya iaitu produk coklat Nims,” kata Mohd Najwan Halimi merasmikan karnival berkenaan.
[caption id="attachment_710041" align="aligncenter" width="700"] EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Mohd Najwan Halimi melawat reruai SMK Dengkil pada majlis Perasmian Karnival Usahawan PKNS (KUP) 2025 di Kompleks PKNS Shah Alam pada 12 Julai 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
Beliau berkata KUP 2025 juga dilihat mampu membentuk ekosistem perniagaan secara menyeluruh memandangkan ia melibatkan pelbagai peringkat usahawan sekali gus membolehkan para peserta berkongsi ilmu dan pengalaman.
“Kita bukan sahaja melatih anak muda berniaga tetapi membentuk jati diri, membina keyakinan dan mendedahkan mereka kepada dunia perniagaan sejak di bangku sekolah. Inilah asas untuk lahirkan generasi usahawan masa depan.
"Kerajaan Negeri percaya bidang keusahawanan akan dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran, meningkatkan daya saing anak muda dan memperkukuh struktur ekonomi di peringkat akar umbi," katanya.
Berlangsung dari 10 pagi hingga 9 malam, karnival turut diserikan dengan pelbagai aktiviti pentas, demonstrasi usahawan, promosi jualan serta pameran jualan hartanah kendalian PKNS Homes.
[caption id="attachment_710042" align="aligncenter" width="700"] EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Mohd Najwan Halimi melawat reruai SMK Rantau Panjang pada majlis Perasmian Karnival Usahawan PKNS (KUP) 2025 di Kompleks PKNS Shah Alam pada 12 Julai 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_710043" align="aligncenter" width="700"] EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Mohd Najwan Halimi melawat reruai Nims pada majlis Perasmian Karnival Usahawan PKNS (KUP) 2025 di Kompleks PKNS Shah Alam pada 12 Julai 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_710044" align="aligncenter" width="700"] Pelajar SMK Seksyen 9 Shah Alam menunjukkan produk yang dijual mereka pada majlis Perasmian Karnival Usahawan PKNS (KUP) 2025 di Kompleks PKNS Shah Alam pada 12 Julai 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_710045" align="aligncenter" width="700"] Nurul Jihan Mohd Burhan dan Nurul Nadia Mohd Burhan dari Aj Legacy Trading menunjukkan produk yang dijual mereka pada majlis Perasmian Karnival Usahawan PKNS (KUP) 2025 di Kompleks PKNS Shah Alam pada 12 Julai 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]