ad
AGENDA

Siri kunjungan pemimpin luar serlah peranan Malaysia, dipercayai di pentas antarabangsa

12 Jul 2025, 5:06 AM
Siri kunjungan pemimpin luar serlah peranan Malaysia, dipercayai di pentas antarabangsa

KUALA LUMPUR, 12 JULAI: Siri kunjungan hormat daripada pembesar dari pelbagai negara dan Kesatuan Eropah menyerlahkan peranan aktif Malaysia dalam diplomasi dua hala dan pelbagai hala.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menerima kunjungan pembesar dari Australia, China, Pakistan, Turkiye, Palestin, Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Kesatuan Eropah dan United Kingdom semalam.

“Pertemuan ini membuka ruang kerjasama baharu dalam perdagangan, pendidikan, teknologi, kemanusiaan dan keamanan serantau yang mencerminkan komitmen Malaysia sebagai rakan yang berprinsip dan dipercayai di pentas antarabangsa,” kata beliau dalam satu hantaran di laman X hari ini.

Semalam, Anwar mengadakan beberapa pertemuan dua hala bersama pemimpin dan wakil kanan daripada tujuh negara serta entiti antarabangsa di sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini.

Pertemuan itu berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.