SABAK BERNAM, 10 JULAI: Hampir RM80,000 diagihkan kepada mangsa ribut di DUN Sungai Burong, dekat sini termasuk sebuah sekolah, susulan kejadian yang berlaku awal Mac lalu.
Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata bantuan berkenaan merupakan inisiatif negeri dalam usaha membantu penduduk yang dilanda musibah sekali gus meringankan beban.
Jelas Ahmad Azri Zainal Nor, kejadian awal pagi 6 Mac itu menyebabkan beberapa rumah penduduk rosak teruk terutama melibatkan bahagian bumbung.
[caption id="attachment_709669" align="aligncenter" width="985"] Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor bercakap kepada Media Selangor selepas majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Mangsa Ribut di Dewan Mini Kampung Parit Empat, Sabak Bernam pada 10 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Ribut kuat turut menjejaskan beberapa peniaga bazar. Barang dan perkakas niaga mereka rosak sekali gus tidak boleh berniaga beberapa hari.
“Kejadian sama turut menyebabkan bumbung Sekolah Kebangsaan (SK) Parit 4 rosak. Jadi kita beri bantuan segera hampir RM50,000 untuk kerja baik pulih,” katanya kepada Media Selangor.
Terdahulu beliau menyerahkan baki sumbangan hampir RM25,000 kepada penduduk dan peniaga terjejas di Dewan Mini Parit 4, dekat sini.
“Bantuan agak lewat memandangkan kita berdepan beberapa lagi kes bencana dan perlu diurus. Antaranya kejadian letupan di Putra Heights,” katanya.
Sementara itu Guru Besar SK Parit 4, Mohd Rafie Mahari berkata bantuan segera itu membolehkan pelajar kembali mengikuti sesi pembelajaran seperti biasa.
“Kejadian berlaku ketika pelajar baharu memulakan sesi pembelajaran. Angin kuat menerbangkan 19 keping bumbung jadi mereka tak boleh bersekolah.
[caption id="attachment_709671" align="aligncenter" width="1168"] Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor menyerahkan cek cura kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit 4, Mohd Rafie Mahari ketika majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Mangsa Ribut di Dewan Mini Kampung Parit Empat, Sabak Bernam pada 10 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Yayasan MBI serahkan bantuan pada hari sama. Ini membolehkan kerja baik pulih dapat dijalankan segera. Terima kasih kepada Yayasan MBI kerana meluluskan permohonan dengan cepat,” katanya.
Dalam kejadian 6 Mac itu, lapan rumah musnah akibat ribut kencang. Bagaimanapun tiada mangsa cedera atau maut dalam kejadian jam 7.30 pagi itu.
Selain rumah dan sekolah, kuarters guru, kantin dan garaj kereta turut mengalami kerosakan.
Berikutan kejadian itu, Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan RM500 kepada semua mangsa yang kediamannya mengalami rosak teruk.
[caption id="attachment_709674" align="aligncenter" width="1030"] Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor dan Penyelaras DUN Sungai Burong Maruwan Ahmad beramah mesra bersama penduduk selepas majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Mangsa Ribut di Dewan Mini Kampung Parit Empat, Sabak Bernam pada 10 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_709676" align="aligncenter" width="1291"] Penyelaras DUN Sungai Burong Maruwan Ahmad menyampaikan sumbangan kepada penerima ketika majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Mangsa Ribut di Dewan Mini Kampung Parit Empat, Sabak Bernam pada 10 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]