ad
AGENDA

Sidang DNS zahir ucapan ulang tahun kepada Dr Mahathir

10 Jul 2025, 9:08 AM
Sidang DNS zahir ucapan ulang tahun kepada Dr Mahathir

SHAH ALAM, 10 JULAI: Pentadbiran Kerajaan Negeri menzahirkan ucapan dan doa selamat ulang tahun kelahiran ke-100 kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari yang mewakili seluruh ahli dewan negeri menzahirkan ucapan selamat ketika ucapan penangguhan Dewan Negeri Selangor bagi mesyuarat kedua penggal ke-3.

"Sempena hari ini, saya ingin mewakili seluruh ahli dewan ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir atas sambutan ulang tahun ke-100.

"Semoga diberikan kesihatan dan keafiatan. Walaupun ada perbezaan namun sumbangan dan jasa beliau kepada negara wajar kita hormati. Terima kasih," katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor.

Tun Dr Mahathir merupakan perdana menteri ke-4 (1981-2003) dan ke-7 (2018-2020).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.