ad
EXCO

Selangor halusi cadangan perluas pemasangan mesin AED di taman awam, rekreasi

10 Jul 2025, 6:47 AM
Selangor halusi cadangan perluas pemasangan mesin AED di taman awam, rekreasi
Selangor halusi cadangan perluas pemasangan mesin AED di taman awam, rekreasi

SHAH ALAM, 10 JULAI: Kerajaan Selangor memperhalusi cadangan meluaskan pemasangan mesin defibrilator luaran automatik (AED) di kawasan tumpuan umum berisiko seperti pusat rekreasi dan taman awam.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berkata pihaknya kini sedang mengkaji keperluan penyediaan garis panduan dan model latihan kepada orang awam bagi memastikan kebolehlaksanaan serta keberkesanan penyediaan kemudahan itu.

“Sukarelawan Kesihatan Komuniti (SUKA) sedang dalam perancangan untuk menganjurkan kursus pertolongan cemas (CPR) dengan sesi latihan penggunaan alat AED kepada komuniti setempat.

“Empat cawangan SUKA yang telah melaksanakan kedua-dua kursus ini adalah SUKA Rawang, SUKA Lembah Jaya, SUKA Balakong dan SUKA Kuang,” katanya padq Sidang Dewan Negeri di sini, hari ini.

[caption id="attachment_689385" align="alignleft" width="500"] EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin ditemui media selepas majlis penyampaian watikah pelantikan Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, bangunan pentadbiran negeri, Shah Alam pada 28 Februari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Jamaliah menambah pentadbiran negeri telah melaksanakan pemasangan alat AED di bangunan premis kerajaan seperti Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Bangunan Darul Ehsan, Bangunan Sultan Idris Shah, bangunan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) 25 Februari lalu.

“Pada masa ini, latihan penggunaan AED telah dilaksanakan kepada penjawat awam yang akan bertanggungjawab dalam penggunaan di premis masing-masing. Pelaksanaan latihan diselaras oleh Worldwide Medivest Sdn Bhd selaku agensi pelaksana program.

“Latihan merangkumi aspek teori, demonstrasi amali serta prosedur operasi standard (SOP) penggunaan peranti tersebut. Antara agensi yang telah selesai menjalankan latihan adalah bahagian di bawah pentadbiran SUK, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor,” ujarnya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.