ad
AGENDA

100 hari tragedi Putra Heights: Penduduk bangkit, sulam harapan baharu

10 Jul 2025, 2:00 AM
100 hari tragedi Putra Heights: Penduduk bangkit, sulam harapan baharu
100 hari tragedi Putra Heights: Penduduk bangkit, sulam harapan baharu
100 hari tragedi Putra Heights: Penduduk bangkit, sulam harapan baharu
100 hari tragedi Putra Heights: Penduduk bangkit, sulam harapan baharu
100 hari tragedi Putra Heights: Penduduk bangkit, sulam harapan baharu

SUBANG JAYA, 10 JULAI: Tarikh 1 April 2025, kekal terpahat dalam ingatan ratusan penduduk Putra Heights, Kampung Kuala Sungai Baru dan Kampung Tengah dekat sini.

Detik ngeri itu turut menggegarkan tanah air susulan letupan paip gas yang mencetuskan api marak setinggi 30 meter, dan suhu membahang mencecah 1,000 darjah Celsius.

Hari ini, genap 100 hari peristiwa hitam itu berlaku.

Ramai yang terjejas dan berdepan kerosakan harta benda. Sebanyak 81 rumah musnah, 81 lagi separa musnah, manakala 57 terkesan tetapi tidak terjejas teruk.

Dalam tempoh itu juga, bantuan demi bantuan disalurkan, khususnya daripada Kerajaan Negeri untuk memastikan kehidupan mangsa kembali normal seterusnya menjalani rutin harian.

Juliana Aziz, 56, antara penduduk Kampung Kuala Sungai Baru yang terkesan dengan insiden terbabit bersyukur menerima bantuan segera, malah gembira kediamannya pulih seperti sedia kala.

[caption id="attachment_709567" align="alignleft" width="404"] Mangsa letupan paip gas Juliana Aziz, 56, ditemui di Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Heights, Subang Jaya pada 1 Julai 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Atap rumah rosak, dinding retak, manakala bumbung sudah lama. Apabila kebakaran berlaku, (keadaan) lagi teruk. Kalau hujan, ribut memang risau. Atap macam nak terbang dan bocor.

"Kalau hujan malam, memang tidak boleh lena. Bila jadi (kebakaran) dan dapat bantuan, atap terus tukar. Dinding yang retak pun ditampal, malah rumah juga dicat dalam dan luar.

“Alhamdulillah dapat rezeki tidak dijangka. Dalam sakit ada nikmat. Sekarang saya tidak risau kalau hujan, ribut. Rumah siap dibaiki minggu lalu,” katanya kepada Media Selangor.

[caption id="attachment_709568" align="alignright" width="402"] Mangsa letupan paip gas Yusrizal Zainal, 54, ditemui di Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Heights, Subang Jaya pada 1 Julai 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Bagi Yusrizal Zainal, 54, tragedi itu bukan sekadar kisah rumah rosak, malah turut menjejaskan periuk nasinya kerana lori yang digunakan untuk berniaga di pasar malam rosak teruk.

Pendapatan sampingannya menerusi kutipan rumah sewa juga terjejas memandangkan kediaman tersebut mengalami kerosakan di bahagian bumbung serta dinding akibat musibah itu.

“Rumah tidak boleh disewakan. Bila hujan, air masuk. Dinding pun retak teruk, risau kalau duduk tiba-tiba runtuh. Jadi memang pendapatan terjejas. Saya juga kasihan dengan penyewa dan turut sumbang bantuan kepada mereka.

“Alhamdulillah kerajaan beri bantuan. Rumah perlu dibaiki dahulu sebelum dapat penyewa baharu dan sekarang hidup kembali macam rutin sebelum ini,” katanya.

Meski kejadian berkenaan memberikan kesan trauma, Yusrizal dan keluarga akan terus menetap di situ, namun berharap tragedi berkenaan tidak berulang lagi.

“Kami tidak mahu pindah kerana ini rumah kami. Kalau pindah kena keluar modal, buat rumah baharu. Jadi memang tak mahu pindah. Cuma harapan kejadian ini tidak akan berulang.

"Risau kalau ada nyawa terkorban. Syukur ketika kejadian hari itu, saya beraya di kampung,” katanya yang tinggal kira-kira 200 meter dari lokasi letupan gas.

[caption id="attachment_709570" align="aligncenter" width="1350"] Kerja bak pulih rumah mangsa letupan paip gas giat dilaksanakan ketika tinjauan di Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Heights, Subang Jaya pada 1 Julai 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_699162" align="aligncenter" width="1045"] Keadaan rumah dan kenderaan yang rosak akibat kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 30 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.