ad
AGENDA

Festival turath himpun tokoh agama tersohor, kupas kitab tafsir dari 12 hingga 20 Julai

10 Jul 2025, 1:00 AM
Festival turath himpun tokoh agama tersohor, kupas kitab tafsir dari 12 hingga 20 Julai
Festival turath himpun tokoh agama tersohor, kupas kitab tafsir dari 12 hingga 20 Julai
Festival turath himpun tokoh agama tersohor, kupas kitab tafsir dari 12 hingga 20 Julai

SHAH ALAM, 10 JULAI: Festival Turath Islami Selangor (FTIS) kali ketiga yang bakal berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menghimpunkan 18 tokoh agama dan ulama tersohor.

Program dari 12 hingga 20 Julai itu akan mengupas Kitab Dalail al-Khairat, yang menghimpunkan doa dan selawat penuh keindahan buat Nabi Muhammad SAW.

Dua lagi kitab yang akan dihurai ialah Pengantar Ilmu Tafsir dan Tafsir Al-Jalalain: Surah-surah Pilihan, hasil penulisan dua ulama tersohor Jalaluddin al-Mahalli dan Jalaluddin as-Suyuti.

Tiga sesi pengajian dijalankan setiap hari bermula jam 9 pagi manakala sesi petang antara jam 4.45 petang hingga 8.45 malam.

Festival itu turut dimeriahkan dengan pameran sekurang-kurangnya 10 manuskrip kitab turath tulisan tangan berusia lebih 100 tahun di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor.

Pada 2023, kitab Ihya Ulumuddin tulisan Hujatul Islam Imam al-Ghazali dikupas dalam festival berkenaan manakala naskhah Hadis 40 Imam Nawawi dipilih pada tahun berikutnya.

Ribuan peserta termasuk dari luar negara memenuhi masjid negeri untuk mengikuti majlis ilmu itu.

Penganjuran festival tersebut adalah iltizam Kerajaan Negeri untuk menghidupkan khazanah turath Islam dalam kehidupan masyarakat.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman rasmi turathislamiselangor.com

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.