ad
AGENSI

LUAS siasat dua premis cemar Sungai Kapar Kechil hingga air bertukar biru

9 Jul 2025, 1:00 PM
LUAS siasat dua premis cemar Sungai Kapar Kechil hingga air bertukar biru
LUAS siasat dua premis cemar Sungai Kapar Kechil hingga air bertukar biru
LUAS siasat dua premis cemar Sungai Kapar Kechil hingga air bertukar biru

SHAH ALAM, 9 JUL: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengenal pasti dua premis mencemarkan Sungai Kapar Kechil, Klang hingga menyebabkan airnya bertukar biru, susulan siasatan dijalankan pada 6 dan 8 Julai lalu.

EXCO alam sekitar berkata siasatan pertama pada 6 Julai menemukan sebuah kilang memproses plastik kitar semula disyaki mengepam efluen dari kolam premis ke sungai menggunakan pam khas, selain mengabstrak air sungai tanpa kebenaran.

[caption id="attachment_709088" align="aligncenter" width="809"] EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin ditemui media selepas majlis penyampaian watikah pelantikan Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, bangunan pentadbiran negeri, Shah Alam pada 28 Februari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Premis terbabit diarahkan menghentikan operasi serta-merta dan pensampelan dijalankan sebelum dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisis lanjut,” kata Jamaliah Jamaluddin dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata LUAS membuka kertas siasatan terhadap premis tersebut mengikut Seksyen 79(4) dan Seksyen 107(b) Enakmen LUAS 1999 atas kesalahan mencemarkan sumber air serta mengambil air tanpa kebenaran.

Siasatan susulan pada 8 Julai pula mengenal pasti sebuah premis menyimpan cecair getah berwarna biru sebagai punca pencemaran kedua.

Jamaliah memberitahu, kebocoran pada penutup tangki menyebabkan bahan kimia mengalir ke longkang seterusnya ke parit berhampiran dan ke Sungai Kapar Kechil.

“Premis ini tidak mempunyai kolam takungan sisa, menyebabkan pencemaran terus berlaku. LUAS mengeluarkan Surat Arahan mengikut Seksyen 121(1) untuk menutup aliran bahan pencemar serta mengarahkan kerja pembersihan segera di semua lokasi terlibat,” jelasnya.

[caption id="attachment_709532" align="aligncenter" width="811"] Siasatan susulan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada 8 Julai 2025 menemukan bahan cecair getah berwarna biru yang digunakan dalam pembuatan sarung tangan mengalir dari sebuah premis penyimpanan ke longkang sebelum masuk ke parit berhampiran dan seterusnya ke Sungai Kapar Kechil. Foto Facebook Lembaga Urus Air Selangor[/caption]

Kerja pembersihan selesai sekitar jam 10.45 malam pada hari sama dengan pemantauan rapi LUAS dan kertas siasatan turut dibuka ke atas premis tersebut mengikut Seksyen 79(4) enakmen sama.

Sehubungan itu, Jamaliah menegaskan pentadbiran negeri memandang serius semua bentuk pencemaran sumber air, meskipun ia tidak melibatkan bekalan air mentah ke loji rawatan.

“Langkah pantas ini berjaya mengelakkan pencemaran daripada merebak ke Sungai Kapar Kechil dan seterusnya ke perairan Selat Melaka.

“Kerajaan Negeri dan semua agensi tidak akan berkompromi terhadap sebarang kecuaian atau operasi tanpa kebenaran yang menjejaskan keselamatan sumber air,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua pengusaha premis supaya mematuhi peraturan dan melaksanakan kawalan keselamatan serta kesihatan yang menyeluruh demi melindungi alam sekitar dan pengguna.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.