ad
AGENDA

Remaja dikhuatiri lemas ketika memancing bersama rakan

9 Jul 2025, 2:43 AM
Remaja dikhuatiri lemas ketika memancing bersama rakan

KUANTAN, 9 JULAI: Remaja lelaki berusia 15 tahun dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Kuantan berhampiran Jalan Indera Mahkota 15/7, Bandar Indera Mahkota di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata mangsa, Mohamad Isyraf Danish Razmi dipercayai turun ke gigi air untuk menarik tali pancing yang tersekat sebelum hilang daripada pandangan tiga rakannya.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu 7.30 malam sebelum mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) ditubuhkan di lokasi dan operasi SAR giat dijalankan. Operasi membabitkan seorang pegawai dan 10 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan serta dua pegawai dan lapan anggota JBPM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Adli turut menasihatkan orang awam agar tidak menghampiri lokasi kejadian bagi menjamin keselamatan dan kelancaran operasi SAR.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.