ad
AGENDA

Putra Heights: Tujuh pakar semak hasil siasatan, laporan penuh akan diterbit

8 Jul 2025, 8:41 AM
Putra Heights: Tujuh pakar semak hasil siasatan, laporan penuh akan diterbit
Putra Heights: Tujuh pakar semak hasil siasatan, laporan penuh akan diterbit

SHAH ALAM, 30 JUN: Seramai tujuh pakar akan menganggotai jawatankuasa khas yang ditubuh Kerajaan Negeri bagi meneliti hasil laporan pasukan teknikal insiden letupan paip gas milik Petronas di Putra Heights, Subang Jaya.

Dato’ Menteri Besar berkata pihak pembangkang juga diminta mengemukakan dua pakar untuk menyertai jawatankuasa tersebut supaya dapat meneliti kekurangan laporan kejadian yang berlaku pada 1 April lalu.

“Tiada sebarang perkara dilindungi atau ditutup. Pasukan teknikal umum hasil siasatan dan kita wujudkan jawatankuasa termasuk minta pembangkang namakan dua pakar supaya dapat semak balik laporan tersebut.

“Ini untuk pastikan laporan ini betul atau ada kekurangan yang perlu diatasi dan cari siapakah yang patut bertanggungjawab terhadap tapak dan punca ini,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membawa usul kejadian berkenaan di sidang Dewan Negeri Selangor.

[caption id="attachment_709335" align="aligncenter" width="695"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika sesi soal jawab dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor pada 8 Julai 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Beliau berkata Kerajaan Negeri akan menerbitkan laporan penuh siasatan berkenaan dan cetakan dijangka akan dibuat dua minggu lagi untuk diserah kepada mangsa serta ahli dewan negeri.

“Sekarang tengah kumpul maklumat kerana libatkan banyak jabatan. Cetakan juga diberi kepada mereka yang berminat selain diserah kepada jawatankuasa khas untuk menelitinya dengan lebih luas,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan meneliti segala laporan siasatan dibuat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sebagai langkah mengelakkan kejadian berulang pada masa depan.

“Kita juga akan lihat cadangan dari tujuh pakar nanti. Kita beri mereka tiga bulan, maksimum sebulan untuk beri cadangan kepada negeri, pihak berkuasa tempatan serta Petronas untuk lihat dasar dan tambah baik,” katanya

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.