ad
EXCO

Tanda awal kemurungan masih terkawal, program Minda Sihat giat dilaksana di sekolah

8 Jul 2025, 8:28 AM
Tanda awal kemurungan masih terkawal, program Minda Sihat giat dilaksana di sekolah

SHAH ALAM, 8 JULAI: Program Minda Sihat yang dilaksana bertujuan mencegah masalah emosi sedang giat dilaksanakan di sekolah termasuk peringkat menengah, kata EXCO kesihatan.

Jamaliah Jamaluddin berkata pelaksanaan program tersebut berikutan Kerajaan Negeri cakna dengan keadaan semasa dan serius dalam mencegah isu kemurungan melibatkan pelajar di peringkat awal.

"Menerusi saringan minda sihat, hanya 2.8 peratus daripada lebih 36,000 pelajar menunjukkan tanda awal kemurungan. Namun, data itu masih dalam keadaan terkawal.

"Sebab itu kita laksanakan program Minda Sihat yang lengkap dengan lima strategi termasuk pencegahan. Tiada sebab kita perlukan program lain dan kini ia dilaksanakan di semua sekolah menengah," katanya kepada Media Selangor.

Semalam, dalam sidang Dewan Negeri Selangor Jamaliah memaklumkan 1,020 pelajar atau 2.8 peratus daripada 36,428 pelajar di sekolah menengah dikesan mengalami tanda awal kemurungan berisiko tinggi menerusi kajian soal selidik pesakit.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sentiasa bersedia dan memberi keutamaan kepada isu berkaitan kesejahteraan emosi pelajar termasuk pelaksanaan Program Minda Sihat.

Katanya, program merangkumi lima strategi iaitu promosi, saringan, intervensi, konsultasi dan rujukan itu antaranya bertujuan mencegah masalah emosi, memperkasa sosioemosi selain menyokong kesejahteraan mental.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.