SHAH ALAM, 8 JULAI: Sebanyak 81 rumah yang musnah sepenuhnya pada insiden kebakaran saluran gas milik Petronas di Putra Heights, Subang Jaya pada April lalu dijangka siap bermula Oktober ini sehingga Jun 2027.
Dato’ Menteri Besar berkata setakat ini proses pembinaan dan pembaikan rumah melibatkan mangsa di Taman Putra Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru yang bermula sejak 1 Mei lalu sudah mencapai tahap sehingga 24 peratus ketika ini.
Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, jemaah menteri memutuskan Sime Darby Properties bertanggungjawab membina dan membaiki rumah mangsa di Taman Putra Harmoni memandangkan mereka adalah pemaju utama kawasan berkenaan dan mahir dengan pelan kediaman.
[caption id="attachment_709090" align="aligncenter" width="695"] Keadaan di kawasan kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights ketika tinjauan pada 2 April 2025. Foto BERNAMA[/caption]
“Ini membolehkan proses membina semula lebih pantas daripada melantik pemaju lain. Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) terlibat untuk kerja di Kampung Kuala Sungai Baru. Proses ini akan siap pada Oktober 2025 manakala Taman Putra Harmoni diberikan tempoh sehingga 24 bulan sehingga Jun 2027.
“Secara keseluruhan, setakat ini berdasarkan ujian penilaian ekosistem, 20 rumah akan dibina semula, 52 unit akan dibaiki manakala 46 unit sedang dalam proses akhir ujian titik retak dan struktur,” katanya membawa usul berhubung kebakaran Putra Heights di sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.
Wakil rakyat Sungai Tua itu berkata kos siling bagi rumah musnah sepenuhnya ditetapkan sebanyak RM300,000 manakala separa musnah berjumlah RM150,000 selain RM30,000 untuk rumah yang memerlukan perbaikan berskala kecil.
[caption id="attachment_699118" align="aligncenter" width="694"] Situasi terkini di sekitar lokasi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights pada 30 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
Beliau berkata Kerajaan Negeri juga telah mengagih RM2.73 juta kepada 455 keluarga, masing-masing menerima RM6,000 bagi menampung pembiayaan sewa rumah selama tiga bulan.
“Kita berada dalam proses akhir untuk menetapkan penduduk yang belum dapat menduduki rumah masing-masing supaya diberikan bantuan wang sewa tambahan dan ini akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya.
Sementara itu Amirudin berkata sebanyak RM1.34 juta tuntutan difailkan penduduk setakat ini dan mereka diberi tempoh sehingga 27 Oktober ini untuk menyerah dokumen tuntutan.
[caption id="attachment_695702" align="aligncenter" width="704"] Keadaan lokasi letupan dan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya Ketika tinjauan pada pada 6 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]