ad
EXCO

Skim Khairat Darul Ehsan: 234 waris terima pampasan RM1,000 setakat Jun

8 Jul 2025, 5:45 AM
Skim Khairat Darul Ehsan: 234 waris terima pampasan RM1,000 setakat Jun
Skim Khairat Darul Ehsan: 234 waris terima pampasan RM1,000 setakat Jun
Skim Khairat Darul Ehsan: 234 waris terima pampasan RM1,000 setakat Jun
Skim Khairat Darul Ehsan: 234 waris terima pampasan RM1,000 setakat Jun

SHAH ALAM, 8 JUL: Seramai 243 waris menerima pampasan kematian bernilai RM1,000 menerusi inisiatif Skim Khairat Darul Ehsan (KDE) setakat Jun lalu.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata jumlah tertinggi penerima adalah dalam kalangan individu berusia 61 hingga 70 tahun diikuti mereka yang berusia 71 hingga 80 tahun.

[caption id="attachment_651725" align="aligncenter" width="769"] EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari menjawab soalan dalam persidangan Dewan Negeri Selangor ke-15 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 11 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Sejak diperkenal tahun ini, skim dibuka kepada individu berusia 50 tahun ke atas dan orang kelainan upaya. Setakat Jun lalu, 243 waris yang telah menuntut manfaat skim ini.

"Kita tidak bercadang untuk mengubah syarat dan kekalkan kepada mereka berusia 50 tahun supaya dapat mengawal selia manfaat ini dengan baik.

"Bagi penerima sedia ada bawah program kebajikan negeri seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Iltizam Selangor Sihat (ISS) mereka didaftarkan secara automatik kepada skim khairat setelah persetujuan mereka,"katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Menerusi belanjawan tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntuk RM20 juta bagi menjayakan skim berkenaan dengan menyasarkan 20,000 rakyat dijangka menerima manfaat terbabit.

Pada Mei 2019, bantuan khairat kematiaan warga emas melalui Skim Mesra Usia Emas dihentikan sebelum disambung semula pada 2021.

Menerusi belanjawan tahun berkenaan, Amirudin berkata RM7.5 juta diperuntukkan bagi melayakkan waris berdaftar dengan Yawas menerima RM500 sebagai bantuan.

Skim KDE yang ditambah baik kini memberi nilai pampasan lebih tinggi serta merangkumi kumpulan sasaran lebih luas sebagai sebahagian daripada tekad pentadbiran negeri memartabatkan kebajikan rakyat.

[caption id="attachment_639115" align="aligncenter" width="715"] EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari bersama penerima baucar Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ketika program serahan Bantuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor pada 23 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.