ad
BERITA UTAMA

Lebih 43,000 unit Rumah Selangorku siap dibina, serah kepada pemilik

8 Jul 2025, 5:03 AM
Lebih 43,000 unit Rumah Selangorku siap dibina, serah kepada pemilik
Lebih 43,000 unit Rumah Selangorku siap dibina, serah kepada pemilik
Lebih 43,000 unit Rumah Selangorku siap dibina, serah kepada pemilik

SHAH ALAM, 8 JULAI: Sebanyak 43,021 unit Rumah Selangorku melibatkan 137 projek siap dibina dan diserahkan kunci kepada pemilik setakat 1 Januari 2025.

EXCO perumahan berkata model Rumah Selangorku menekankan aspek kualiti untuk memastikan semua rakyat di negeri ini memiliki kediaman selesa, mampu milik serta berdaya huni.

"Kerajaan Negeri melalui Rancangan Selangor Pertama (RS-1) tidak menetapkan model perumahan baharu. RS-1 bukan sahaja memberi tumpuan kepada kuantiti malah kualiti yang berunsur kelestarian, keterangkuman sosial serta penggunaan teknologi.

“Rumah Selangorku juga dibina dengan konsep inklusif, keberdayaan komuniti dan pembangunan lestari untuk golongan sasar,” kata Datuk Borhan Aman Shah.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Mohd Shafie Ngah yang ingin mengetahui jumlah rumah mampu milik yang siap diduduki pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Katanya lagi, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) juga telah menyiapkan sebanyak 3,987 unit Rumah Selangorku sejak dasar perumahan tersebut diperkenal pada 2013.

“Jumlah pembinaan Rumah Selangorku oleh PKNS bergantung kepada program pembangunan sedia ada dan tertakluk kepada syarat serta kelulusan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

“Sasaran keseluruhan PKNS adalah untuk membina 10,000 unit menjelang tahun 2033 dan baki 6,013 unit kini dalam perancangan yang akan dilaksanakan secara berfasa di kawasan-kawasan pembangunan strategik seperti Kota Puteri dan Cyber Valley,” ujarnya.

[caption id="attachment_709275" align="aligncenter" width="700"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tiga, kanan) melawat rumah contoh dalam Majlis Penyerahan Kunci Rumah Idaman Melur di Cycbersouth 10, Sepang pada 3 Julai 2025. Hadir sama EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah (empat, kanan). Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_709272" align="aligncenter" width="700"] EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah menyampaikan replika kunci Rumah Selangorku Pangsapuri Aurora, Saujana Permai pada 25 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.