ad
PBT

Larian malam Ampang Jaya tarik ribuan peserta termasuk dari Vietnam dan India

8 Jul 2025, 2:17 AM
Larian malam Ampang Jaya tarik ribuan peserta termasuk dari Vietnam dan India
Larian malam Ampang Jaya tarik ribuan peserta termasuk dari Vietnam dan India
Larian malam Ampang Jaya tarik ribuan peserta termasuk dari Vietnam dan India
Larian malam Ampang Jaya tarik ribuan peserta termasuk dari Vietnam dan India

AMPANG JAYA, 8 JULAI: Lebih 2,000 peserta memeriahkan edisi kelapan Larian Malam Geopark Ampang Jaya yang berlangsung di Taman Melawati pada 5 Julai lalu, anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bersama Kembara ES Sdn Bhd.

MPAJ dalam kenyataan memaklumkan, program bersempena ulang tahun ke-33 pihak berkuasa tempatan itu bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti larian malam.

“Program ini turut menarik penyertaan peserta antarabangsa dari Belarus, India, Vietnam, Thailand dan Indonesia sekali gus membantu mempromosikan Tahun Melawat Selangor 2025.

[caption id="attachment_709236" align="aligncenter" width="694"] Suasana sekitar Larian Maam Geopark Ampang Jaya 2025. Foto MPAJ[/caption]

“Peserta juga berpeluang menikmati keindahan Permatang Kuarza, salah satu geotapak utama Gombak-Hulu Langat Geopark yang diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan,” katanya.

Seramai 1,271 peserta mengambil bahagian dalam kategori 5km Fun Run, manakala 761 orang menyertai larian kompetitif sejauh 12km yang melibatkan Kategori Terbuka dan Veteran bagi lelaki serta wanita.

Bagi kategori 12km Terbuka Lelaki, Sivaneshwaran A/L Gunasegaran, 27, muncul juara dengan catatan masa 40 minit 59 saat, manakala Nurul Juliana Shakira Abdul Halim, 36, menjuarai kategori wanita dengan masa 50 minit 34 saat.

Kategori Veteran pula menyaksikan Suresh A/L Munianday, 48, muncul juara acara lelaki dengan catatan masa 43 minit 57 saat, manakala Tiffany Lee Siok Chin, 44, menjuarai kategori wanita dengan masa 52 minit 28 saat.

[caption id="attachment_709234" align="aligncenter" width="702"] Johan 12km Kategori Wanita Veteran menjadi milik
Tiffany Lee Siok Chin. Foto MPAJ[/caption]

Pemenang kategori utama membawa pulang wang tunai antara RM500 hingga RM100 berserta trofi.

Acara turut dimeriahkan dengan kehadiran peserta berkostum menarik seperti watak kartun Patrick dan samurai, selain cabutan bertuah menawarkan hadiah utama termasuk televisyen LED Blacklight, basikal elektrik dan jam tangan pintar Garmin.

Terdahulu, majlis perasmian dan pelepasan peserta disempurnakan EXCO Infrastruktur dan Pertanian Selangor merangkap Ahli Dewan Negeri Pandan Indah, Dato’ Ir. Izham Hashim bersama Timbalan Yang Dipertua MPAJ, Ts. Hasrolnizam Shaari dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail.

[caption id="attachment_709237" align="aligncenter" width="694"] Acara turut dimeriahkan dengan peserta larian dengan kostum menarik antaranya kostum
watak kartun ‘patrick’ dan juga samurai. Foto MPAJ[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.