ad
AGENDA

Ibu, kekasih direman tujuh hari dera bayi 15 bulan hingga maut

7 Jul 2025, 2:11 PM
Ibu, kekasih direman tujuh hari dera bayi 15 bulan hingga maut

ALOR GAJAH, 7 JULAI: Seorang wanita berusia 24 tahun dan teman lelakinya berumur 20 tahun direman tujuh hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah selepas disyaki mendera bayi perempuan berusia 15 bulan sehingga maut.

Kejadian difahamkan berlaku di sebuah premis kedai di Bandar Satelit, Pulau Sebang di sini, semalam.

Menurut sumber, wanita itu membawa mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri ke Hospital Tampin kira-kira 11 malam, sebelum disahkan meninggal dunia.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam pada perut, belakang badan dan dubur bayi itu, menyebabkan pihak hospital membuat laporan polis.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan menerima laporan dan memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.