ad
SELANGOR

Hulu Selangor ramal hujan lebat hingga 7 malam

7 Jul 2025, 8:07 AM
Hulu Selangor ramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 7 JULAI: Hulu Selangor dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir hingga 7 malam, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu di Facebook meramalkan cuaca sama berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Sabah.

MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.