ad
PBT

Dr Ani Ahmad dilantik Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang baharu

7 Jul 2025, 5:25 AM
Dr Ani Ahmad dilantik Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang baharu

SHAH ALAM, 7 JULAI: Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Dr Ani Ahmad kini dilantik menerajui pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu dimaklumkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor menerusi hantaran di Facebook pagi ini.

“Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin telah menyerahkan surat pelantikan kepada Dr Ani Ahmad hari ini.

“Pelantikan ini berkuat kuasa pada 7 Julai 2025. Tahniah dan selamat menjalankan tugas diucapkan,” menurut kenyataan tersebut.

Dr Ani berkelulusan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2015. Beliau turut memiliki Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dari Universiti Malaya serta Diploma Pentadbiran Awam daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Memulakan khidmat dalam sektor awam sejak 2001, beliau berpengalaman luas termasuk di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian. Pada 2021, beliau dilantik sebagai Pegawai Daerah Hulu Langat sebelum menerajui MPAJ hingga 2023.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.