SHAH ALAM, 7 JULAI: Kuasa menerima usul untuk dibentang dalam Dewan Negeri Selangor (DNS) adalah hak mutlak serta prerogatif speaker.
Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar berkata Ketua Pemuda Pas Selangor Mohamed Sukri Omar tidak memahami konsep pengasingan kuasa antara cabang eksekutif dan legislatif apabila cuba mempolitikkan isu bencana.
"Saya ingin merujuk sidang media oleh Mohamed Sukri berkenaan kuasa menerima usul untuk dibentang di DNS adalah hak dan prerogatif yang berhormat speaker.
"Tidak tepat untuk beliau menggesa Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari agar menerima usul ketua pembangkang yang disebut...Ini adalah hak dan prerogatif speaker yang harus dihormati dan diberi ruang sepenuhnya kepada beliau untuk memutuskan," kata Saifuddin Shafi Muhammad menerusi kenyataan.
[caption id="attachment_709091" align="aligncenter" width="612"] Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Saifuddin Shafi Muhammad. Foto Facebook Saifuddin Shafi Muhammad[/caption]
Saifuddin Shafi juga mengingatkan Pas supaya memberi ruang sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri memberi taklimat khas berhubung kejadian Putra Heights
Berhubung kenyataan Mohamed Sukri 'jangan buat ahli dewan negeri serupa budak-budak', beliau menyifatkannya sebagai dangkal dan cetek termasuk tidak memahami prinsip keterbukaan dan akauntabiliti Kerajaan Negeri.
Jelas beliau, amalan tersebut adalah lumrah dan kebiasaan malah turut dilaksanakan Perikatan Nasional ketika mentadbir kerajaan persekutuan sebelum ini.
"Adakah saudara Mohamed Sukri ingin mencemuh Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menganggap Ahli Parlimen seperti budak-budak ketika itu?," katanya.
Semalam Mohamed Sukri meminta Dato' Menteri Besar membenarkan usul tergempar insiden Putra Heights dibawa oleh Ketua Pembangkang Selangor Mohamed Azmin Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Ab Halim Tamuri dalam sidang DNS