Oleh Danial Dzulkifly
SHAH ALAM, 8 JULAI: Dasar bekerja dari rumah bukan sahaja meningkatkan produktiviti dan fleksibiliti, malah mampu menyelamatkan nyawa menerusi pengurangan kesesakan lalu lintas dan kemalangan maut, menurut pakar keselamatan jalan raya.
Ia terbukti apabila arahan sementara sempena Sidang Kemuncak Asean di Kuala Lumpur baru-baru ini menyaksikan kelancaran trafik dan pengurangan kemalangan khususnya di Lembah Klang.
Pensyarah Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Rozmi Ismail berkata jumlah kenderaan di Lembah Klang kini melebihi keupayaan infrastruktur sedia ada dan amalan bekerja dari rumah wajar dijadikan norma bagi jawatan yang tidak memerlukan kehadiran fizikal.
[caption id="attachment_709045" align="alignleft" width="300"] Pensyarah Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Rozmi Ismail.Foto laman sesawang ukm.my[/caption]
Beliau turut merujuk penurunan 60 hingga 70 peratus kemalangan maut ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai bukti pengurangan pergerakan menyumbang kepada keselamatan jalan raya.
Selain aspek keselamatan, pengurangan trafik juga memberi kesan besar terhadap pengurangan pelepasan karbon dan pencemaran, yang boleh dimanfaatkan sebagai inisiatif alam sekitar jangka pendek.
Sementara itu, Pakar Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Law Teik Hua berkata pelaksanaan bekerja dari rumah secara terancang mampu mengurangkan kesesakan serta risiko kemalangan, selain menambah baik keseimbangan kerja dan kesihatan mental.
Beliau menegaskan pengurangan trafik bukan sahaja mengurangkan kemalangan, malah mempercepat tindak balas kecemasan dan mengurangkan tahap kematian akibat kemalangan.
[Baca laporan penuh di sini]